Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
- Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
- Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam ' ah
- ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin AkhtabZainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kalthum
- Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN RASULULLAH SAW
- Thuwaibah
- Halimah Al-Saidiyyah
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
- Al-Harith
- Muqawwam
- Zubair
- Hamzah ***
- Al- ' Abbas ***
- Abu Talib
- Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
- Abdul Ka ' bah
- Hijl
- Dhirar
- Umaimah
- Al-Bidha (Ummu Hakim)
- ' Atiqah ##
- Arwa ##
- Umaimah
- Barrah
- Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
sumber
Read More...
Summary only...
PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD
DALAM MEMAHAMI ISLAM
Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasullah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menela'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup Rasullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini adalah satu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:
- Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. ini adalah untuk menentukan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam itu bukan manusia pintar tetapi Ianya adaah pesuruh Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menerima wahyu dan taufiq dariNya.
- Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang sangat unggul dalam segeap lapangan hidup yang harmoni, dari itu jugak dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hiidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh yang terbaik bersifat unversal, mereka akan mendapat semuanya di dalam kehidupan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallamitu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telah pon menegaskan dalam Kitab SucinNya:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
Yang bermaksud:
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (uswatun-hasanah), iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (Al-Ahzab 33:21)
- Semoga kupasan tentang Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isi kandungan Al=Quran lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Quran yang dihuraikan dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa -peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam.
- Agar setiap Muslim dapat mengumpul seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar samaada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaaan, hukum hakam dalam Islamatau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.
- Membolehkan para pendidik, penda'wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan petunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan meniasat jalan-jalan da sistem-sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu 'alaihi Wasallam) berda'wah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini mampu da berupaya untuk smapai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaa mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai individu yang bebas dengan fahaman pembawanya atau sebagai anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya
Sejarah Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam membidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang dikalangan keluarga dan shabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah-lembut dan bersopan santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah ; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan ister; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik dan strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu'anhum ajma'in)
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
Oleh: Muhammad Said Ramadhan Al-Buti
Read More...
Summary only...

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Read More...
Summary only...